Monday, 19 January 2015

LAGU SEKOLAH

S.K.S.A MENABUR BAKTI
DENGAN ILMU YANG DIBERI
BERUSAHA TEKUN BERJAYA
UNTUK MENCAPAI CITA

GURU DAN IBU BAPA
BERGANDINGAN BERSAMA
MENDIDIK DAN MEMIMPIN
PUTRA PUTRI BANGSA

AMALKANLAH DISPLIN DIRI
AMANAH IKHLAS DANS SETIA
AGAMA ISLAM PANDUAN KITA
AMALAN HIDUP KITA SEMUA

Lagu dan lirik oleh :

Cikgu Megat Zulkifli bin Haji Megat Ibrahim

Cikgu Rohani binti Md. din


MAKNA WARNA DAN LAMBANG PADA LENCANA SEKOLAH
      • MERAH    : Melambangkan ciri-ciri keberanian murid-murid sekolah ini dalam menempuh apa jua cabaran. 
      •  BIRU       : Melambangkan perpaduan yang wujud di kalangan murid- murid sekolah ini dari semua segi. 
      • HIJAU     : Melambangkan suasana sekolah ini di kelilingi kawasan pertanian.               
      • KUNING   : Melambangkan kedaulatan negara yang sentiasa berada dalam suasana harmoni.  
      • OBOR      : Membawa maksud semangat yang berkobar-kobar untuk       menimba ilmu pengetahuan.


      • COGAN KATA : Menuju kearah kecemerlangan pendidikan serta menjana modal insan yang berkualiti

VISI DAN MISI

VISI

SKSA akan menjadi antara Sekolah Terbaik Negeri Pulau Pinang


MISI

 Untuk memberi pendidikan yang berkualiti kepada murid berpusat kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas untuk dihadapkan dalam masyarakat melalui pendekatan bersepadu ke arah melahirkan warga istimewa Negara Malaysia yang cemerlang.

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH 
Sekolah ini mula-mula sekali ditubuhkan dalam tahun 1895 dengan diberi nama Sekolah Melayu Sungai Acheh. Bangunan yang mula-mula sekali di sekolah ini adalah berasal daripada bekas rumah pasung yang telah didirikan oleh kerajaan yang dijaga oleh 3 orang mata-mata sahaja. Memandangkan kepada keadaan yang aman dan jarang-jarang berlaku perkara-perkara yang tidak diingini di kampung Sungai Acheh ini, maka rumah pasung tersebut dijadikan bangunan sekolah sebagai asas permulaan bagi murid-murid di kawasan I ni belajar secara bersekolah.
    Waktu mula-mula sekolah ini di dirikan, ianya terletak di atas sekeping tanah Lot 335, Mukim 10, Sungai Acheh, Nibong Tebal. Luasnya 50 kaki X 20 kaki dan mengandungi dua buah bilik, sebuah bilik untuk murid-murid belajar dan sebuah lagi sebagai rumah Guru Besar. Guru Besar yang mula-mula sekali bertugas di sekolah ini ialah Cikgu Jabit. Pada masa permulaan sekolah ini jumlah muridnya tidak sampai 21 orang. Itu pun hanya murid-murid lelaki sahaja. Usaha-usaha mengumpul murid-murid untuk dipersekolahkan adalah dengan kehendak Ketua Kampung ini dan beberapa orang tua-tua yang bersetuju diadakan sebuah sekolah untuk anak-anak mereka pada masa itu.
   Dalam tahun 1895 bilangan penduduk di sini terdiri daripada orang-orang melayu yang jumlahnya kira-kira 60 hingga 70 buah rumah sahaja. Kebanyakkan rumah mereka ini terletak di Kampung Tengah, batas Pinang, Sungai Setar, Sungai Bakau dan sedikit-sedikit dari Sungai Udang. Tidaklah dapat hendak dibayangkan bagaimana sukarnya murid-murid berulang – alik ke sekolah tiap-tiap hari oleh kerana jalanraya belum dibina, tiada titi untuk menyeberangi parit dan sungai, tambahan pula sepanjang jalan semak dengan hutan-hutan pokok resam dan jeruju bercampur rumpun-rumpun pokok pial yang sangat tebal di tempat-tempat kediaman mereka. Kadang-kadang basah kuyup waktu mereka sampai di sekolah kerana terbolos ke dalam Lumpur yang penuh diliputi oleh rumput laut dan sebagainya. Inilah satu daripada sebabnya ibu bapa berat hendak melepaskan anak-anak mereka datang ke sekolah, walaupun mereka memikirkan pelajaran itu patut juga diberi kepada anak-anak untuk masa depan mereka.

BELAJAR DALAM BANGUNAN YANG PERTAMA

 Sebaik sahaja terkumpul murid lelaki seramai hamper 21 orang, belajar cara bersekolah pun dimulakan . Murid yang diterima masuk bersekolah tidak tidak dihadkan umur mereka. Ramai yang datang ke sekolah pada masa itu di antara umur 15 hingga 20 tahun. Semua matapelajaran menggunakan tulisan jawi sahaja dan menulis di atas papan batu . Matapelajaran yang diajar pada peringkat permulaan pada masa itu ialah tulisan jawi, angka-angka, kira-kira , Bahasa Melayu, dan ejaan jawi. Masa bersekolah dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Cuti hujung minggu pada hari jumaat dan cuti penggal dikira cuti musim mengetam, cuti musim menanam dan cuti bulan puasa. Jumlah guru yang mengajar di sekolah ini 2 orang sahaja, iaitu cikgu Jabit dan seorang lagi penolongnya guru lelaki juga.

  BANGUNAN SEKOLAH TAMBAHAN YANG KEDUA


 Bangunan sekolah tambahan yang kedua ini didirikan berasingan dengan bangunan yang pertama. Jarak antara satu dengan yang lain kira-kira 12 kaki. Letaknya di sebelah selata daripada bangunan yang pertama. Luas sekolah yang kedua ini 50 kaki x 20 kaki dan bentuk bangunan ini sama seperti bentuk bangunan yang pertama. Sekolah ini telah didirikan dalam tahun 1923 dan jumlah murid-murid yang bersekolah pada masa itu bertambah menjadi hamper 100 orang tetapi semuanya murid-murid lelaki sahaja. Guru-guru yang mengajar pada masa itu berjumlah 6 orang termasuk seorang guru besar yang bernama Cikgu Alus. Di antara seramai 6 orang guru itu 2 orang daripadanya guru lepasan Maktab Guru-Guru Melayu Melaka. Pelajaran bertambah termasuklah Ilmu Alam dan anyaman daripada bertam dan resam yang diajarkan oleh Cikgu Jamal b. Salleh